top of page

Mesti Baca.

 

Kesalahan yang sering dilakukan di dalam penjagaan wajah.


1 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR !!!

Kesalahan ini sering kali dilakukan bila kita dah penat dan sangat mengantuk. Balik saja rumah, nampak bantal busuk, nampak katil empuk, terus lupa atau malas nak bersihkan mekap di muka. Terus tidur.

Mekap yang dipakai seharian adalah sudah “rosak” kerana terdedah kepada udara tidak bersih dan sinaran cahaya matahari. Selepas itu, tidur pula dengan mekap di wajah, ia akan mengganggu proses kritikal kulit yang berlaku semasa kita tidur.

PENYELESAIAN : Bersihkan muka anda dengan COMPLETE RICH CLEANSING with ZAM-ZAM H2O Aura Secret bagi menjamin kejelitaan wajah.

2 - TIDAK MEMBERSIHKAN MUKA DI WAKTU PAGI !!!

Kadangkala, ada di antara kita yang rasa muka dah cukup bersih bila bangun pagi sebab sebelum tidur dan cuci muka. Maklum sajalah kita bukan buat apa pun.. Tidur saja kan? Salah tanggapan itu.

Tahukan anda.. kita kena tidur 8 jam supaya kulit ada masa yang cukup untuk menjalankan proses pembaharuan. Maka itulah orang kata tidur yang cukup ialah petua wajah cantik! Jadi, sepanjang proses pembaharuan tu berlaku, macam-macam jenis toksin dan produk metabolik dibuang dari kulit. Jadi sanggat penting cuci muka di waktu pagi.

PENYELESAIAN : Jangan lupa cuci muka di waktu pagi! Cuci menggunakan air suam, dan dibilas dengan air sejuk.

3 – MENCUCI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN SABUN BERDEODORAN !!!

Sabun berdeodoran maksudnya sabun yang ada pewangi. Contonya sabun mandi. Ramai yang menyangka ia mungkin tidak merbahaya pada kulit, tapi..

Tahukah anda menggunakan sabun badan untuk muka akan mengganggu lapisan lipid halus pada kulit wajah. Kesannya? Akan menyebabkan kulit muka kering, iritasi atau kedua-duanya sekali.

PENYELESAIANNYA : Gunalah HANYA pencuci muka untuk wajah anda.

4 – MENCUCI MUKA SECARA BERLEBIHAN !!!

Mencuci muka secara berlebihan bermaksud menggunakan terlalu banyak sabun, menggosok atau menyental muka dengan kasar.

Perbuatan yang kasar pada kulit wajah akan menyebabkan kemerahan pada kulit, iritasi dan juga kekeringan.

PENYELESAIAN : Urut wajah dengan lembut menggunakan jari, atau guna scrublet yang diperbuat dari getah dan tekstur lembut.

5 – MEMILIH PENCUCI MUKA YANG TIDAK SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA !!!

Jangan hanya kerana kawan baik anda menggunakan pencuci muka jenama A, dia nampak cantik, anda pun nak beli jugak! Apa yang sesuai atau baik pada orang lain tidak semestinya baik pada kita.

Salah memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit bukan sahaja tidak mendapat kesan yang diharapkan, malah mungkin memberi kesan yang buruk kepada kulit.

PENYELESAIANNYA : Jumpalah doktor /pakar / penasihat kecantikan bertauliah untuk menganalisa jenis dan keadaan kulit anda, dan minta nasihat mereka mengenai produk penjagaan wajah yang sesuai.

6 – TIDAK MEMBERSIHKAN MEKAP SEMASA BERSENAM !!!

Bila kulit berpeluh dan bercampur dengan mekap, ia hanya akan membuatkan kulit anda lebih cenderung untuk berjerawat dan menghadapi masalah kulit.

PENYELESAIANNYA : Luangkan beberapa minit untuk mencuci muka. Dan jangan lupa tukar baju yang dibasahi peluh selepas bersenam bagi menghalang pembiakan bakteria kerana di bahagian belakang badan juga kita juga cenderung untuk berjerawat.

 

NUF

SKIN LIFE

© 2013 NUF SKIN LIFE

bottom of page